Wednesday, 2 March 2011

CUKAI TAKSIRAN MBI

CUKAI MBI

tiada kenaikan cukai taksiran ke atas premis-premis di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh pada tahun ini seperti yang didakwa pihak tertentu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk roshidi Hashim berkata, kadar cukai taksiran kini adalah tertakluk pada kadar yang sama semenjak tahun 1982 lagi.

bagaimanapun, beliau menjelaskan, terdapat kekeliruan yang juga oleh pemilik premis berhubung kenaikan cukai taksiran yang diumumkan baru-baru ini.

kenaikan tersebut hanyalah membabitkan tanah-tanah baru yang dibangunkan.

Datuk roshidi berkata demikian selepas menghadiri majis dailog dengan penduduk Kampung Baru Simpang Pulai, Simpang Pulai.

dalam pada itu, beliau mengumumkan peruntukkan 900 ribu ringgit untuk memperbaiki longkang di kawasan Simpang Pulai bagi mengatasi masalah banjir.

end//

GANGGUAN AIR

GANGGUAN AIR

GANGGUAN AIR SELAMA 14 JAM.

Beberapa kawasan sekitar bandar raya Ipoh akan mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam pada Selasa ini, 8 mac.

gangguan bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

menurut maklumat yang dinyatakan Lembaga Air Perak (LAP) gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di loji pembersihan air Sungai Kinta, Tanjung Rambutan.

kawasan yang terlibat ialah Jelapang, Gugusan Manjoi, Simpang Pulai, kawasan perindustrian Gopeng 1 dan Gopeng 2, Tekah dan sekitar Jalan Gopeng termasuk Taman Taufik dan Taman Soon Choon.

turut terjejas, kawasan industri ringan Kinta, Taman Canning, kawasan perindustrian zon bebas Klebang, Jalan Kuala Kangsar, Chepor dan Kanthan.

Justeru, pengguna di kawasan yang terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bagi mengelak terputus bekalan pada hari tersebut.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan boleh menghubungi Pusat Aduan LAP ditalian bebas tol 1-800-88-7788.

END//

PERAK MESIR

PERAK MESIR

Seramai 696 pelajar dari negeri ini yang dikenalpasti akan menerima tambang pulang tiket penerbangan ke Mesir tersebut secara percuma dengan peruntukkan keseluaruhan 1.5 juta ringgit.

Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir berkata, persetujuan turut dicapai apabila kerajaan negeri akan memberi duit poket kepada pelajar tersebut dengan jumlah 500 ringgit seorang.

sumbangan wang tersebut dihulurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak MAIMP.

Datuk Seri Dr Zambry mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di, Ipoh.

dimaklumkan kumpulan pertama pelajar yangakan berlepas ke Mesir adalah pada 12 Mac ini.

ia sekaligus membolehkan mereka membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang dijadual bermula 17 Mac.

Rakyat Malaysia amnya yang berada di Mesir dibawa pulang selepas tercetusnya demonstrasi besar-besaran di negara itu bermula akhir Januari lalu.

End//

Saturday, 26 February 2011

PAC-KEDAI RUGI

PAC-KEDAI RUGI

Agensi kerajaan yang menjalankan program pengupayaan peniagaan bumiputera diminta mengkaji semula usaha tersebut.

Ini kerana kebanyakan pusat perniagaan yang dibangunkan didapati tidak bermaya dan kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata perkara tersebut harus dipandangan serius bagi mengelakkan kerugian yang berterusan kepada kerajaan dan peniaga.

Jelasnya pelbagai faktor yang membawa kepada kegagalan ini antaranya kawasan yang dipilih tidak strategik dan kurang promosi dijalankan.

Ia merupakan satu fenomena yang menyedihkan kerana peniaga dan kerajaan rugi tetapi kontraktor pembinaan mendapat keuntungan.

Tujuan utama kedai-kedai ini dibina adalah untuk memberi peluang kepada peniaga bumiputera untuk menjalankan perniagaan.

Ujar Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin lagi tinjauan PAC mendapati walaupun kadar sewa yang ditawarkan rendah namun peniaga sukar mendapat keuntungan kerana kurang
pengunjung.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di Ipoh.

END..HAKIMIE

TUN M-MELAYU

TUN M -MELAYU

Orang melayu harus terus mengekalkan perpaduan dikalangan bangsanya.

Ini kerana hanya dengan perpaduan , melayu akan menjadi kuat dan tidak mudah digugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jadikan apa yang berlaku pada zaman penjajahan Portugis dan Inggeris sebagai iktibar kerana ketika itu orang melayu tidak bersatu padu.

Mereka hanya menumpukan kepada negeri masing-masing sahaja, ini memudahkan penjajah mengambil kesempatan kerana melayu lemah dan berpecah-belah.

Namun jika melayu bersatu tidak ada pihak yang mampu mengugat kuasanya.

Beliau menjadikan saat penentangan Malayan Union sebagai contoh, walaupun kekurangan sumber kewangan, senjata dan golongan cerdik pandai dengan bersatu orang melayu mampu menjadi unit yang kuat untuk menghalang perkara tersebut.

Tambah Tun Dr Mahathir walaupun ketika itu melayu kuat, namun tidak sedikit pun menunjukkan sikap angkuh sebaliknya bersetuju memberikan hak kepada bangsa lain untuk tinggal di tanah bertuah ini.

Bangsa lain tidak perlu takut jika melayu menjadi bangsa yang kuat kerana sejarah telah menunjukan bahawa melayu tidak pernah melupakan bangsa lain dalam negera ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan raksasa Peribumi Perkasa Negeri Perak di Pasir Salak.

END.HAKIMIE

NELAYAN-PUKAT SORONG

NELAYAN-PUKAT SORONG

Cadangan untuk pengeluaran lesen penangkapan ikan mengunakan pukat sokong akan ditimbang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ia selepas penangkapan mengunakan kaedah tersebut diharamkan oleh kerajaan sejak 40 tahun lalu mengikut Akta Perikanan 1985.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata keputusan muktamad berhubung cadangan tersebut akan dibuat selepas program percubaan dinilai.

Untuk itu seramai 154 orang nelayan di kawasan Larut Matang dan Selama telah diberi lesen perintis untuk tempoh 3 bulan.

Perkara tersebut telah dipersetujui oleh Datuk Seri Noh Omar berikutan rayuan dan perjumpaan beberapa wakil nelayan pada Januari lalu.

Namun mereka hanya dibenarkan beroperasi pada jarak 3 batu nautika dari pantai dan dipasang alat pengesan pergerakan bot.

Datuk Ahamad Sabki berkata demikian di Majlis Interaksi Jabatan bersama Nelayan Pukat Sorong Daerah Larut Matang dan Selama di Trong.

Jelasnya sepanjang tempoh percubaan itu, pasukan penyelidik jabatan akan menjalankan kajian tangkapan dan beberapa aspek lain untuk dilaporkan kepada Kementerian.

Sebelum sesuatu keputusan yang muktamad dibuat.

END.HAKIMIE

Thursday, 27 January 2011

isu kewarganegaraan

BERITA - 28.01.2011

4 PETANG


ISU KEWARGANEGARAAN

Seramai dua belas orang masyarakat berketurunan India di negeri Perak berjaya mendapat status kewarganegaraan atas usaha Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (Taskforce) di bawah Kementerian Jabatan Perdana Menteri.

Mereka terdiri daripada pemohon-pemohon bagi kad pengenalan biru, surat beranak dan kad pengenalan yang telah di daftar semasa pelancaran Program Mesra Rakyat pada bulan Oktober lepas.

Presiden MIC Perak Datuk S. Veerasingam berkata setakat ini, Taskforce dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran negeri Perak berjaya menyelesaikan dua belas kes daripada 366 kes melalui kempen MYDAFTAR bagi tempoh tiga bulan yang lalu.

Menurutnya lagi, Taskforce akan mengadakan kempen Mydaftar di 15 Jabatan Pendaftaran seluruh negeri Perak pada sembilan belas hingga dua puluh enam Februari ini bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan isu kewarganegaraan.

Difahamkan, kempen tersebut akan diadakan khas untuk masyarakat India pada 19 dan 20 Februari berikutan banyak kes yang diterima daripada kalangan mereka.

Sementara itu, Datuk S. Veerasingam menegaskan supaya jangan mudah terpedaya dengan tipu helah orang tengah yang berjanji untuk mendapatkan dokumentasi kewarganegaraan dengan suatu kadar bayaran yang tinggi.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen sah kewarganegaraan kepada dua belas orang warga India di Pejabat MIC cawangan Perak.

end/jaya