Saturday 26 February 2011

PAC-KEDAI RUGI

PAC-KEDAI RUGI

Agensi kerajaan yang menjalankan program pengupayaan peniagaan bumiputera diminta mengkaji semula usaha tersebut.

Ini kerana kebanyakan pusat perniagaan yang dibangunkan didapati tidak bermaya dan kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata perkara tersebut harus dipandangan serius bagi mengelakkan kerugian yang berterusan kepada kerajaan dan peniaga.

Jelasnya pelbagai faktor yang membawa kepada kegagalan ini antaranya kawasan yang dipilih tidak strategik dan kurang promosi dijalankan.

Ia merupakan satu fenomena yang menyedihkan kerana peniaga dan kerajaan rugi tetapi kontraktor pembinaan mendapat keuntungan.

Tujuan utama kedai-kedai ini dibina adalah untuk memberi peluang kepada peniaga bumiputera untuk menjalankan perniagaan.

Ujar Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin lagi tinjauan PAC mendapati walaupun kadar sewa yang ditawarkan rendah namun peniaga sukar mendapat keuntungan kerana kurang
pengunjung.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di Ipoh.

END..HAKIMIE

No comments:

Post a Comment