Monday 28 March 2011

BANJIR 28.3.2011

BANJIR 28.3.2011

perkembangan BANJIR DI daerah kerian.

menurut bilik Gerakan Banjir, kemungkinan satu lagi pusat pemindahan akan ditutup hari ini iaitu SK bukit Merah yang merupakan pusat pemindahan pertama yang dibuka sejak Ahad lepas.

ia berikutan keadaan banjir yang semakin surut.

terkini, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK BuKit merah adalah 64 orang dengan majoritinya penduduk kampung batu 40 seramai 48 orang.

SEJAK ditempatkan di pusat pemindahan itu pada Ahad lalu, tiada lagi mangsa banjir yang dihantar pulang.

kerja-kerja menghantar mangsa banjir pulang telahpun dijalankan seawal tengah hari tadi oleh pasukan Bomba dan penyelamat dengan bantuan Jabatan pertahanan AWAM JPA.

sementara itu, bilangan mangsa banjir di SK Alor Pongsu berkurangan kepada 179 orang.

masing-masing melibatkan penduduk di 9 kawasan antaranya, jalan Selekoh Matang pasir 49 orang, kg batu 37 jalan keretapi 34 orang dan kg Parit Abu Hassan Ban 26 orang.

turut dilaporkan, laluan Jalan selama kilometer 13 dan 17 masih ditutup untuk kenderaan ringan biarpun paras airnya kini mula susut kepada 19 inci.

end//baizura

Sunday 27 March 2011

SIDANG DUN TANGGUH

SIDANG TANGGUH 28.3.2011


Persidangan DUN Perak 5 April Ditunda 12 April.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker Datuk R. Ganeson.

Beliau memberitahu bahawa notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terlibat.

sebelum ini, notis mesyuarat pada 5 April itu dikeluarkan minggu lepas.

bagaimanapun alasan penangguhan itu tidak dimaklumkan oleh Datuk Ganeson.

end//

SUMBANGAN JEPUN

SUMBANGAN JEPUN

misi bantuan untuk mangsa bencana Jepun terus mendapat perhatian pelbagai golongan masyarakat.

Di Ipoh Perak, sejumlah 687 ribu ringgit berjaya dipungut pada satu majlis petang bersama Raja muda Perak, raja Dr Nazrin Shah dengan Komuniti Jepun Perak.

Kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendahului senarai penyumbang berjumlah 100 ribu ringgit.

sumbangan seterusnya diterima menerusi Yayasan Sultan Azlan Shah dengan nilai 100 ribu ringgit.

terdapat 18 wakil kesemuanya yang menghulurkan bantuan yang terdiri daripada pertubuhan politik, badan bukan kerajaan NGO, syarikat-syarikat dan persendirian.

sumbangan diterima oleh Raja Dr Nazrin.

terdahulu, ketika bertitah, Raja Dr Nazrin melahirkan rasa simpati ke atas penduduk Jepun yang terlibat dengan tragedy 11 Mac.

dalam masa yang sama, baginda turut memuji dan kagum dengan kecekalan dan sikap tenang mangsa gempa dan tsunami negara itu dalam berhadapan dengan situasi gentir.

kemesraan dan sikap saling bantu membantu mampu mengharungi badai yang melanda.

turut meraikan majlis tersebut Konsul besar Jepun, Tetsuro Kai
dan 250 rakyat Jepun yang tinggal di negeri ini.

end//baizura

HARIMAU BINTANG MATI

HARIMAU MATI 27.3.2011

dipercayai seekor anak harimau bintang mati di tepi jalan akibat dilanggar di Jalan Kanthan, Ipoh.

bangkai binatang sepanjang 0.7 meter itu dijumpai dua beradik yang melalui jalan tersebut.

ketika perjalanan ke Ipoh, S Lingeswaran, bersama adiknya S Uthayakanthan, tiba-tiba terlihat bangkai binatang itu yang menyerupai anak kucing.

jsuteru, Lingeswaran terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengambil tindakan seterusnya mengenai perkara itu.

Sementara itu, Penyelaras JPAM Unit Sungai Siput, A Balasundram berkata, siasatan awal mendapati haiwan itu berusia dalam lingkungan setahun dengan berat antara tiga ke lima kilogram.

bagaimanapun, kemalangan tersebut akan dilanjutkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan seterusnya.

End

Saturday 26 March 2011

BANJIR BALIK 26.3.2011

BANJIR BALIK 26.3.2011

banjir di Utara Perak.

sehingga petang ini, kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan SK Hj Dahlan dibenarkan pulang dengan menjadikan mangsa yang keluar adalah 177 orang.

mereka yang ditempatkan disitu adalah dari ALor Setangok dan tanjung Bugis.

rekod terkini yang dicatatkan Bilik Gerakan Banjir, jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kini mencecah 253 orang sahaja.

ia melibatkan penduduk di 10 kawasan antaranya kampung Parit Abu Hassan Ban 46 orang, Kampung batu 40, 44 orang, Jalan selekoh matang Pasir 445 dan kampung Batu 37 Jalan Keretapi 34 orang.

mereka kini masih ditempatkan di dua pusat pemindahan SK alor Pongsu 60 orang dan 193 orang di SK Bukit Merah.

dalam pada itu dilaporkan keadaan cuaca di Alor Pongsu dan Bukit Merah berlaku hujan lebat sejak pagi tadi dan sehingga petang ini hujan renyai-renyai.

Juga dimaklumkan laluan Jalan Selama kilometer 13 dan 17 yang ditutup sejak Rabu lalu masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

end//

Thursday 24 March 2011

UPDATE BANJIR 24.3.2011

UPDATE BANJIR 24.3.2011
4 PETANG

banjir di daerah Kerian.

SETAKAT dari pagi tadi hingga PETANG INI, bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kekal dengan 99 keluarga iaitu seramai 359 orang.

Laporan Bilik Gerakan Banjir memaklumkan, meskipun berlaku hujan yang berlarutan namun catatan paras air di Bukit Merah masih sama sebelum ini iaitu 29.4 meter.

bagaimanapun, paras air di Alor Pongsu naik sedikit kepada 5.4 meter.

pemantauan ke kawasan banjir kini masih diteruskan oleh pihak bomba dan penyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam.

Kampung Alor Setangguk dan Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban masih mencatatkan bilangan tertinggi mangsa yang dipindahkan. masing-masing 167 orang dan 46 orang.

selain bekalan makanan, tiga pusat pemindahan iaitu di Sekolah kebangsaan SK Bukit Merah, SK Alor Pongsu dan SK Hj Dahlan turut dibekalkan dengan keperluan perubatan.

end//baizura

Wednesday 23 March 2011

SPM PERAK 23.3.2011

SPM PERAK 23.3.2011

di Perak, selain peningkatan calon lulus SPM 2010 kepada 87.85 peratus, kualiti mata pelajaran turut menunjukkan peningkatan yang cemerlang.

daripada 100 mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon 61 daripadanya mencapai kelulusan sepenuhnya berbanding tahun 2009 hanya 54 mata pelajaran sahaja.

matapelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan paling tinggi iaitu 5.65 peratus.

dalam pada itu menurut Timbalan pengarah pelajaran negeri, Mohd Idris Ramli, daripada 39 ribu 336 calon SPM 2010; 840 calon memperolehi gred cemerlang bagi semua matapelajaran.

juga dimaklukan 32 calon yang memperoleh gred Cemerlang tertinggi serta enam sekolah cemerlang yang masing-masing merupakan sekolah berasrama penuh.

end//

TRAGIS SPM 23.3.2011

TRAGIS SPM 23.3.2011

dalam pada itu, ini pula cerita tragis SPM.

bukan sahaja tidak sempat mengambil keputusan SPM hari ini, namun kematian Mohd Ariff Adam Yusri 18 tahun adalah bersama ibunya, Awaliah Mohd Ali Napiah.

dua beranak itu meninggal akibat nahas jalan raya di Jalan Bercham- Tanjung Rambutan, Ipoh malam tadi.

Mohd Ariff Adam yang menunggang motosikal bersama ibunya itu terbabas ketika menghala ke Bercham sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah yang sama.

lebih menyayat hati, kedua-dua mangsa yang terjatuh di atas jalan raya kemudiannya diheret oleh kereta berkenaan sejauh 23 meter.

anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan mahu menghantar ibunya ke tempat kerja di Bercham.

kejadian itu disahkan Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab.

Mohd Ariff Adam merupakan pelajar aliran teknik di sekolah menengah teknik Slim River.

end//

Sunday 20 March 2011

KEMALANGAN BIDOR UPDATE

KEMALANGAN BIDOR UPDATE

warta perak kita mulakan dengan perkembangan terkini kemalangan di kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bidor awal pagi tadi.

menurut Ketua Polis Trafik Negeri, Supritenden Wan Abdullah Ishak berkata, buat masa ini dikenal pasti punca kemalangan disebabkan faktor jalan yang licin serta jalan gelap.

namun, tidak dinafikan akibat kemalangan itu juga berpunca daripada sikap pemandu bas persiaran tersebut yang cuai.

justeru Supritenden Wan Abdullah turut mengingatkan orang ramai agar memasang lampu bagi kawasan-kawasan yang berisiko.

beliau berkata demikian selepas dihubungi RTM.

dalam kejadian pukul 4.20 pagi tadi, seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Negeri sembilan.

bas yang membawa 43 rombongan itu dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.

end//

DS HUSNI MINYAK

DS HUSNI MINYAK

dengan kekuatan dalaman dan sokongan sector swasta, negara yakin dapat mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kenaikan harga minyak pasaran dunia.

ia susulan kesan daripada pertempuran yang berlaku di Libya kini yang membawa kepada penutupan telaga minyak di negara timur tengah itu.

berhadapan situasi itu, Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni kerajaan tidak bercadang mengurangkan subsidi sedia ada.

ia kerana faktor kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan terutama golongan berpendapatan rendah.

ketika ini harga minyak dipasaran mencecah antara 120 hingga 130 US dollar satu barrel dan kerajaan menyalurkan subsidi sehingga 14 billion ringgit.

beliau ditemui selepas merasmikan Surau al hidayah Jelapang Jaya di Ipoh.

mengulas kesan keadaan di Jepun kini, Datuk Seri Ahmad Husni berkata dari aspek pelaburan ia tidak memberi kesan yang besar pada dagangan negara.


end//

Saturday 19 March 2011

PIALA F.A DI TERENGGANU

KEPUTUSAN PIALA FA

Rekod tanpa kalah skuad Perak akhirnya lebur apabila tewas 1- 3 kepada Terengganu pada saingan suku akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

ia sekaligus melayakkanya Terengganu mara ke pusingan separuh akhir dengan kelebihan aggregate 5-4.

Perak memperoleh gol menerusi sepakan Mohd Nor Azrul Mustafa pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun skuad Seladang gagal menyekat kemaraan pasukan Terengganu.

Sebelum ini kekalahan 2-3 kepada Perak di Stadium Indera Mulia Ipoh, dilihat sedikit pun tidak melemahkan semangat juang pemain pasukan Terengganu dalam misi menyingkirkan barisan kendalian Norizan Bakar.

Perlawanan malam tadi bermula lewat ekoran masalah lampu dan keadaan hujan lebat.

END//EIZY

SUPER AKHIR

SUPER AKHIR
`
hari terakhir kejohanan Sukan Perak keenam.

lima acara yang dipertandingkan hari ini iaitu hoki lelaki akhir, silambam, olahraga, karate-do dan badminton.

bagi acara badminton daerah kinta berjaya merangkul emas dengan menewaskan pasukan daerah kuala kangsar 3-0.

untuk acara silambam kategori lelaki daerah kinta berjaya memungut 2 emas, satu perak dan GANGSA. namun bagi kategori perempuan acara tersebut kini sedang berlangsung.

juga acara yang masih berlangsung sehingga pukul 6 petang ini ialah hoki lelaki, olahraga dan karate do.

menurut ketua sekretretariat, en Khairulnizam Khairuddin dari segi pungutan pingat pasukan daerah Kinta masih menjulang tempat teratas dengan 30 emas, 17 perak dan 24 gangsa.

dua pasukan tertinggi yang lain ialah daerah larut matang dan selama, 19 emas, 13 perak dan 23 gangsa. bagi daerah batang padang pungutan pingatnya setakat ini 11 emas dan perak serta 14 gangsa.

majlis penutupan SUPER akan diadakan malam ini dengan perasmiannya disempurnakan menteri besar , datuk seri dr zambry abdul kadir di dewan bankuet, bangunan perak darul ridzuan.

end//

Friday 18 March 2011

UNDI POS SPR

UNDI POS SPR

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Negeri, sehingga Disember tahun lalu, hanya terdapat dua ribu 14 pengundi pos yang didaftarkan di DUN Pangkor.

peningkatan tersebut dari 11 ribu 848 pengundi pos pada tahun 2008.

Jumlah itu sekaligus menolak dakwaan timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang kononnya berlaku peningkatan mendadak pengudi pos di DUN Pangkor sebanyak lima ribu 669.

perangkaan SPR turut memaklumkan juga, peningkatan pengundi bukan pos turut berlaku bagi kawasan itu tetapi dengan jumlah tambahan hanya 579 pemilih baru.

juga menunjukkan peningkatan pengundi bukan pos adalah di dua DUN sekitarnya iaitu DUN Pasir Panjang sebanyak dua ribu 235 pemilih baru serta di DUN Sitiawan; peningkatan sebanyak dua ribu 195 pemilih baru.

End//

Tuesday 15 March 2011

PERAK TERENGGANU - PIALA F.A

PERAK TERENGGANU

Keputusan perlawanan bola sepak Piala F.A malam tadi.

Perak sekali lagi muncul juara di hadapan penonton sendiri apabila menewaskan Terengganu dengan jaringan 3 – 2.

Jaringan disempurnakan pada minit keempat belas separuh masa pertama melalui rembatan luar kotak oleh Isma Alif.

Ia disusuli dengan tandukan gol oleh Fazrul Hazli pada minit ke-79 dan Akmal Rizal Rakhli menyempurnakan kemenangan pasukan pada minit ke-82 separuh masa kedua dengan rembatan kencangnya.

Bekalan tiga gol pada perlawanan suku akhir pertama itu dilihat memberi kelebihan buat skuad Yob apabila bertandang ke Terengganu untuk saingan suku akhir kedua pada Sabtu ini.

Dengan memegang rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan musim ini, ia diyakini dapat memberi semangat buat Skuad Seladang beraksi, diiringi sokongan padu penonton yang beramai-ramai memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung.

Malah kemenangan malam tadi bertambah manis apabila skuad Seladang menjulang kemenangan dengan disaksikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pada separuh masa kedua sejurus selesai merasmikan Sukan Perak (SUPER 2011).


END

Thursday 3 March 2011

KERJASAMA IBU

KERJASAMA IBU

semua ketua agensi dan jabatan kerajaan diminta memberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya kepada skuad sukarelawan Ikon Bina upaya I-B-U.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Khairul Azwan Harun berkata menerusi kerjasama itu, ia dapat memudahkan penyaluran maklumat bagi menyelesaikan permasalahan semasa yang dihadapi rakyat di negeri ini.

justeru, setiap sukarelawan I-B-U akan diberikan kad pengenalan diri sebagai sukarelawan sah serta diberi latihan dan bimbingan sewajarnya dalam menjalankan tanggung jawab tersebut.

jelas Khairul Azwan, skuad I-B-U dilihat berperanan menjadi 'mata dan telinga' dalam mengenal pasti mana-mana kumpulan sasaran untuk dibantu.

setelah hampir beroperasi selama setahun, skuad berkenaan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah rakyat antaranya melibatkan penyaluran bantuan makanan, bencana alam, kesihatan, pembaikan rumah dan pinjaman mikrokredit.

end//eiz

SAMAN LANJUTAN

SAMAN LANJUTAN

susulan tempoh lanjutan pemberian diskaun 50 peratus ke atas pesalah trafik, kaunter pembayaran saman di ibu pejabat polis kontijen IPK dan seluruh ibu pejabat polis daerah IPD negeri ini akan dibuka pada hujung minggu.

waktu operasinya bermula 8 pagi hingga 10 malam sehingga 10 Mac depan.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritenden Wan Abdullah Ishak berkata, orang ramai diminta membuat penjelasan saman pada kadar segera bagi mengelak berulangnya kesesakkan kaunter di saat-saat akhir.

beliau yang dihubungi RTM juga memberitahu, orang ramai juga boleh membuat semakan dan pembayaran saman melalui kaunter yang dibuka di pusat membeli belah yang terletak di Jaya Jusco Ipoh.

kaunter tersebut dibuka pada pukul 4 petang hingga 10 malam bagi memudahkan pembayaran dibuat selepas waktu bekerja.

mengulas lanjut mengenai jumlah kutipan saman yang dipungut di negeri sepanjang tempoh diskaun diberikan, Supritenden Wan Abdullah berkata dalam bulan Januari dan Februari sebanyak 13.2 juta ringgit bayaran saman dikumpulkan.

end//

Wednesday 2 March 2011

CUKAI TAKSIRAN MBI

CUKAI MBI

tiada kenaikan cukai taksiran ke atas premis-premis di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh pada tahun ini seperti yang didakwa pihak tertentu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk roshidi Hashim berkata, kadar cukai taksiran kini adalah tertakluk pada kadar yang sama semenjak tahun 1982 lagi.

bagaimanapun, beliau menjelaskan, terdapat kekeliruan yang juga oleh pemilik premis berhubung kenaikan cukai taksiran yang diumumkan baru-baru ini.

kenaikan tersebut hanyalah membabitkan tanah-tanah baru yang dibangunkan.

Datuk roshidi berkata demikian selepas menghadiri majis dailog dengan penduduk Kampung Baru Simpang Pulai, Simpang Pulai.

dalam pada itu, beliau mengumumkan peruntukkan 900 ribu ringgit untuk memperbaiki longkang di kawasan Simpang Pulai bagi mengatasi masalah banjir.

end//

GANGGUAN AIR

GANGGUAN AIR

GANGGUAN AIR SELAMA 14 JAM.

Beberapa kawasan sekitar bandar raya Ipoh akan mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam pada Selasa ini, 8 mac.

gangguan bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

menurut maklumat yang dinyatakan Lembaga Air Perak (LAP) gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di loji pembersihan air Sungai Kinta, Tanjung Rambutan.

kawasan yang terlibat ialah Jelapang, Gugusan Manjoi, Simpang Pulai, kawasan perindustrian Gopeng 1 dan Gopeng 2, Tekah dan sekitar Jalan Gopeng termasuk Taman Taufik dan Taman Soon Choon.

turut terjejas, kawasan industri ringan Kinta, Taman Canning, kawasan perindustrian zon bebas Klebang, Jalan Kuala Kangsar, Chepor dan Kanthan.

Justeru, pengguna di kawasan yang terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bagi mengelak terputus bekalan pada hari tersebut.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan boleh menghubungi Pusat Aduan LAP ditalian bebas tol 1-800-88-7788.

END//

PERAK MESIR

PERAK MESIR

Seramai 696 pelajar dari negeri ini yang dikenalpasti akan menerima tambang pulang tiket penerbangan ke Mesir tersebut secara percuma dengan peruntukkan keseluaruhan 1.5 juta ringgit.

Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir berkata, persetujuan turut dicapai apabila kerajaan negeri akan memberi duit poket kepada pelajar tersebut dengan jumlah 500 ringgit seorang.

sumbangan wang tersebut dihulurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak MAIMP.

Datuk Seri Dr Zambry mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di, Ipoh.

dimaklumkan kumpulan pertama pelajar yangakan berlepas ke Mesir adalah pada 12 Mac ini.

ia sekaligus membolehkan mereka membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang dijadual bermula 17 Mac.

Rakyat Malaysia amnya yang berada di Mesir dibawa pulang selepas tercetusnya demonstrasi besar-besaran di negara itu bermula akhir Januari lalu.

End//