Saturday 26 February 2011

PAC-KEDAI RUGI

PAC-KEDAI RUGI

Agensi kerajaan yang menjalankan program pengupayaan peniagaan bumiputera diminta mengkaji semula usaha tersebut.

Ini kerana kebanyakan pusat perniagaan yang dibangunkan didapati tidak bermaya dan kurang mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata perkara tersebut harus dipandangan serius bagi mengelakkan kerugian yang berterusan kepada kerajaan dan peniaga.

Jelasnya pelbagai faktor yang membawa kepada kegagalan ini antaranya kawasan yang dipilih tidak strategik dan kurang promosi dijalankan.

Ia merupakan satu fenomena yang menyedihkan kerana peniaga dan kerajaan rugi tetapi kontraktor pembinaan mendapat keuntungan.

Tujuan utama kedai-kedai ini dibina adalah untuk memberi peluang kepada peniaga bumiputera untuk menjalankan perniagaan.

Ujar Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin lagi tinjauan PAC mendapati walaupun kadar sewa yang ditawarkan rendah namun peniaga sukar mendapat keuntungan kerana kurang
pengunjung.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di Ipoh.

END..HAKIMIE

TUN M-MELAYU

TUN M -MELAYU

Orang melayu harus terus mengekalkan perpaduan dikalangan bangsanya.

Ini kerana hanya dengan perpaduan , melayu akan menjadi kuat dan tidak mudah digugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jadikan apa yang berlaku pada zaman penjajahan Portugis dan Inggeris sebagai iktibar kerana ketika itu orang melayu tidak bersatu padu.

Mereka hanya menumpukan kepada negeri masing-masing sahaja, ini memudahkan penjajah mengambil kesempatan kerana melayu lemah dan berpecah-belah.

Namun jika melayu bersatu tidak ada pihak yang mampu mengugat kuasanya.

Beliau menjadikan saat penentangan Malayan Union sebagai contoh, walaupun kekurangan sumber kewangan, senjata dan golongan cerdik pandai dengan bersatu orang melayu mampu menjadi unit yang kuat untuk menghalang perkara tersebut.

Tambah Tun Dr Mahathir walaupun ketika itu melayu kuat, namun tidak sedikit pun menunjukkan sikap angkuh sebaliknya bersetuju memberikan hak kepada bangsa lain untuk tinggal di tanah bertuah ini.

Bangsa lain tidak perlu takut jika melayu menjadi bangsa yang kuat kerana sejarah telah menunjukan bahawa melayu tidak pernah melupakan bangsa lain dalam negera ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan raksasa Peribumi Perkasa Negeri Perak di Pasir Salak.

END.HAKIMIE

NELAYAN-PUKAT SORONG

NELAYAN-PUKAT SORONG

Cadangan untuk pengeluaran lesen penangkapan ikan mengunakan pukat sokong akan ditimbang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ia selepas penangkapan mengunakan kaedah tersebut diharamkan oleh kerajaan sejak 40 tahun lalu mengikut Akta Perikanan 1985.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata keputusan muktamad berhubung cadangan tersebut akan dibuat selepas program percubaan dinilai.

Untuk itu seramai 154 orang nelayan di kawasan Larut Matang dan Selama telah diberi lesen perintis untuk tempoh 3 bulan.

Perkara tersebut telah dipersetujui oleh Datuk Seri Noh Omar berikutan rayuan dan perjumpaan beberapa wakil nelayan pada Januari lalu.

Namun mereka hanya dibenarkan beroperasi pada jarak 3 batu nautika dari pantai dan dipasang alat pengesan pergerakan bot.

Datuk Ahamad Sabki berkata demikian di Majlis Interaksi Jabatan bersama Nelayan Pukat Sorong Daerah Larut Matang dan Selama di Trong.

Jelasnya sepanjang tempoh percubaan itu, pasukan penyelidik jabatan akan menjalankan kajian tangkapan dan beberapa aspek lain untuk dilaporkan kepada Kementerian.

Sebelum sesuatu keputusan yang muktamad dibuat.

END.HAKIMIE