Saturday 26 February 2011

TUN M-MELAYU

TUN M -MELAYU

Orang melayu harus terus mengekalkan perpaduan dikalangan bangsanya.

Ini kerana hanya dengan perpaduan , melayu akan menjadi kuat dan tidak mudah digugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jadikan apa yang berlaku pada zaman penjajahan Portugis dan Inggeris sebagai iktibar kerana ketika itu orang melayu tidak bersatu padu.

Mereka hanya menumpukan kepada negeri masing-masing sahaja, ini memudahkan penjajah mengambil kesempatan kerana melayu lemah dan berpecah-belah.

Namun jika melayu bersatu tidak ada pihak yang mampu mengugat kuasanya.

Beliau menjadikan saat penentangan Malayan Union sebagai contoh, walaupun kekurangan sumber kewangan, senjata dan golongan cerdik pandai dengan bersatu orang melayu mampu menjadi unit yang kuat untuk menghalang perkara tersebut.

Tambah Tun Dr Mahathir walaupun ketika itu melayu kuat, namun tidak sedikit pun menunjukkan sikap angkuh sebaliknya bersetuju memberikan hak kepada bangsa lain untuk tinggal di tanah bertuah ini.

Bangsa lain tidak perlu takut jika melayu menjadi bangsa yang kuat kerana sejarah telah menunjukan bahawa melayu tidak pernah melupakan bangsa lain dalam negera ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan raksasa Peribumi Perkasa Negeri Perak di Pasir Salak.

END.HAKIMIE

No comments:

Post a Comment