Sunday 16 May 2010

DEWAN SERBAGUNA PARIT

Lima juta ringgit diperuntukkan bagi membangunkan dewan serbaguna yang baru di Parit, Perak

Ini kerana dewan serbaguna yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik.

Tapak projek ini akan dibina di Dataran Parit.

Menurut Ahli Dewan Udangan Belanja, Dato’ Mohd Zaim Abu Hasan beliau telah menemui menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bagi membincangkan projek itu.

Kedudukan tapak pembinaan dewan yang berhampiran dengan sungai Perak juga dapat dijadikan salah satu tarikan pelancongan.

Dengan adanya projek ini ia bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti riadah penduduk tetapi dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan rancangan menjadikannya sebuah bazaar.