Monday 27 June 2011

PELADANG INGAT

PELADANG INGAT

Ahli-ahli peladang diingatkan supaya tidak terbabit DENGAN mana-mana demostrasi kerana ia bukan sahaja memburukkan keadaan, tetapi juga diri sendiri.

dan sebagai peladang sebaliknya mereka diminta tumpu kepada meningkatkan pengeluaran.

keperhatinan itu disuarakan Ahli dewan undangan negeri ADUN Kubu Gajah; Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

rakyat tidak perlu samakan negara asing dengan negara ini.
budaya mengadakan demostarsi jalanan adalah bertentangan dengan cara hidup di negara ini.

demi keamanan rakyat; beliau menyokong penuh akan tindakan ISA diambil bagi mereka yang terlibat dengan demostrasi itu

kenyataan itu dibuat selepas Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau.

PPK Batu Kurau akan mengadakan mesyuarat Agung tahunan pada esok yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri perdagangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

end//baizura

ANUGERAH KHAS BELIA 2011

ANUGERAH KHAS BELIA 2011

9 anugerah khas diperkenalkan tahun ini oleh kerajaan negeri sebagai menghargai usaha dan kejayaan golongan belia.

ia termasuk anugerah khas belia pencapaian luar biasa; penggerak masyarakat cina; India ;Sikh; orang asli ; siam; anugerah khas belia cemerlang dan anugerah khas belia bina upaya.

Exco Belia dan Sukan; Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata; pemilihan penerima itu dilakukan jawatankuasa khas yang terdiri daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan; Majlis belia negeri dan panel luar.

sebagai negeri pertama mencetuskan pemberian anugerah tersebut; tujuannya menjadikannya sebagai pemangkin dan penghargaan terhadap usaha belia daripada segenap komuniti yang ada di negeri ini.

datuk Zainol Fadzi ditemui selepas majlis anugerah belia negara dan anugerah sukan untuk semua ASUS peringkat negeri di Ipoh.

penyampaian disempurnakan menteri besar; datuk seri dr zambry abdul kadir.

pertama kali diperkenalkan penyampai radio Perak FM Yob Aziz diberikan anugerah khas bakat belia.


end//baizura

Wednesday 22 June 2011

GERIA JALAN BARU; MANJOI

PENIAGA TNB

setelah hampir setahun dalam perbincangan; gerai di Jalan Baru Gugusan Manjoi akan dinaiktaraf kelak.

ia susulan persetujuan Tenaga Nasional Berhad TNB membenarkan kerja-kerja menaiktaraf dilakukan di gerai itu yang dibina di bawah pencawang elektrik.

Ahli Parlimen Tambun; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan
usaha itu turut mendapat persetujuan majlis bandaraya Ipoh MBI.

dari segi pembinaannya nanti; beliau berkata lokasi geria tersebut akan dikekalkan di tapak asal termasuk susun atur gerai tersebut.

datuk seri Ahmad Husni ditemui baru-baru ini semasa melawat ke deretan gerai tersebut. lawatan itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib MOhamad Noh.

aktiviti berniaga di sepanjang jalan BAru itu mula menjadi tumpuan hampir 9 tahun lalu dan sejak 3 tahun lalu peniaga memenuhi kedua-dua belah bahu jalan.

terdapat 18 buah gerai yang beroperasi pada sebelah pagi dan petang.

end//baizura

Wednesday 15 June 2011

MAHKAMAH KHAS PATI

PATI HUKUMAN

hasil tahanan 189 pendatang tanpa izin PATI menerusi Ops Zon Utara II yang dibuat di seluruh Perak pada 1 Jun lalu; 80 daripada mereka telahpun dijatuhkan hukuman.

hakim Mahkamah Khas PATI Jabatan Imigresen Langkap; Ahmad Hidayat Mohd Nor terdahulu mengenakan hukuman itu ke atas warga Indonesia bagi tiga kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959.

kesemua pesalah PATI ini; ditempatkan di Penjara Tapah untuk perempuan dan penjara Pokok Sena, Kedah untuk lelaki.

sementara itu; perbicaraan 109 PATI lain yang turut melibatkan warga Thailand; Vietnam; Bangladesh dan Myanmar ditangguhkan atas sebab ketiadaan jurubahasa.

kesemua mereka yang berusia 19 hingga 55 tahun ini ditahan mengikut seksyen 6 (1) (c) Tidak mempunyai Pas atau Permit Yang Sah; seksyen 15 (1) (c) Tinggal melebihi tempoh dan seksyen 56(1) (L) pemalsuan dokumen.

tahanan dilakukan sekitar Taiping, Sitiawan; Ipoh dan teluk Intan dengan dibantu Jabatan Imigresen negeri Perlis; Kedah dan Pulau Pinang.

sementara itu; Ketua imigresen teluk Intan yang mewakili Pengarah Imigresen Negeri Perak; Khairul Anuar Sulaiman berkata; PATI tersebut dipercayai terlibat dengan kerja-kerja di sektor pembinaan dan perkilangan.

berikutan itu; siasatan ke atas majikan yang terlibat sedang dilakukan dan jika sabit kesalahan mereka turut akan didakwa.

end//baizura

DEPOT IMIGRESEN LANGKAP

DEPOT IMIGRESEN LANGKAP

10 juta ringgit diluluskan untuk menambah baik serta membina semula bangunan di Depot Imigresen Langkap.

sejak diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Negeri daripada Jabatan Penjara tiga tahun lalu; struktur bangunan depot itu diakui mulai uzur.

Asalnya sebelum itu; depot tersebut merupakan sebuah kem Unit Kawalan kawasan UKK yang beroperasi sekitar tahun 1970an.

dengan keluasan lebih 5 hektar; Komandan Depot Imgiresen Langkap, Mohamad Yusoff berkata kerja-kerja pembinaan dijangka dilakukan awal tahun depan.

dengan peruntukkan yang diterima; dua blok tahanan untuk lelaki ; 3 menara dan tempat kumbahan akan dibina.

bagaimanpun; Mohammad berkata pihaknya kini sedang menyusulkan permohonan tambahan bajet untuk membina depot yang lebih selesa dan sempurna.

ia berikutan depot sedia ada itu dikelaskan sebagai Gred A berikutan kapasitinya yang boleh memuatkan hampir seribu tahanan dalam satu satu masa.

ketika ditemui di Langkap, Mohammad berkata; ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan kelak; memungkinkan proses pemindahan tahanan ke depot lain.

end//baizura

Tuesday 7 June 2011

KAJI KURSUS KRITIKAL

CHUA KRUSUS 8.6.2011

kaji semula senarai kursus-kursus yang dilaporkan sebagai bidang yang kriktikal.

ia berikutan terdapat beberapa bidang yang disenaraikan kritikal; kini bilangan pelajarnya semakin bertambah.

Untuk itu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu perkara itu di kaji semula.

antara bidang yang di kenalpasti tidak lagi kritikal ialah bidang perubatan dan farmasi.

jelas beliau; berdasarakan statistic yang diterimanya; didapati bilangan doktor yang dilahirkan oleh negara lebih daripada 4 ribu setahun iaitu melebihi daripada yang diperlukan.

ia ditunjukkan apabila wujud masalah menempatkan graduan kedoktoran ketika menjalani “housemanship”. ketika ini di hospital kerajaan ia hanya mampu menempatkan 2 ribu hingga 2 ribu 500 graduan sahaja.

datuk Seri dr Chua menjelaskannya selepas mengadakan sesi dialog bersama penduduk Teluk kampung Kering; Buntong.

Dalam masa yang sama beliau mahu pelajar-pelajar juga di bantu untuk memilih krusus-krusus lain yang berpotensi; agar tidak berlakunya lambakan tenaga pekerja bagi jangka masa akan datang.

selain bidang perubatan dan farmasi yang disenaraikan sebagai bidang kritikal masa ini ialah pergigian, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, serta sains sosial.

end//baizura