Thursday 2 September 2010

OPS JPJ

OPS JPJ

Bermula esok sehingga 19 September ini, 15 laluan panas di Perak akan dipantau Jabatan Pengangkutan, JPJ Negeri, dalam ops sikap ke 22.

Jalan Ipoh-Lumut, Jalan Ipoh-Tanjung Malim dan Jalan Gerik-Jeli antara laluan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Dengan kekuatan anggota penguat kuasa seramai 167 akan mengawasi laluan berkenaan dan kenderaan berat turut dilarang beroperasi dua hari sebelum dan selepas aidil fitri.

Ketua Pengarah JPJ Negeri, encik Jaafar Mohamed berkata tahun lalu, statistik kemalangan maut yang berlaku di negeri ini adalah 30 kematian.

justeru dicadangkan agar orang ramai menumpukan kepada khidmat menggunakan kenderaan awam untuk membuat perjalanan


Bercakap di Ipoh, encik jaafar menyatakan pihaknya akan memberi tumpuan serius bagi tujuh kesalahan lalulintas.

Seperti kegagalan mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, mengekori kenderaan terlalu rapat, menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa mengguna alat bebas tangan dan tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar.

bagi anda yang mahu merancang perjalanan dan ingin mengetahui mengenai keadaan lalulintas boleh menghubungi bilik kawalan JPJ negeri di talian 05-5455623 atau talian ibu pejabat JPJ seperti tertera.



END//MEGAT

No comments:

Post a Comment