Friday 3 September 2010

HORMATI HAK

HORMATI HAK

hormati hak orang lain tanpa mempertikaikan perkara yang remeh. ia bagi menjamin perpaduan dan ikatan yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat.

Tegas Menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir rakyat perlu saling memahami dan menjaga sensitiviti setiap bangsa dan agama. hal ini termasuklah menghormati sambutan perayaan bagi setiap kaum.

pada pihak tertentu jangan keterlaluan membakar sentimen yang boleh memecahbelahkan mana-mana pihak.

datuk seri dr zambry berkata demikian selepas majlis Penyampaian Buku Amanah Saham Wawasan ASW dan bantuan Sewa Rumah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar PPKB di Taiping.

####
Dalam majlis itu, seramai 192 orang golongan miskin tegar dan miskin bandar menerima saham ASW sebanyak 10 ribu ringgit setiap seorang sebagai wang prinsipal pelaburan.

Mereka juga menerima dividen dan lain-lain pulangan pada setiap tahun sepanjang hayat mereka.

pada majlis yang sama juga, 142 orang diberi bantuan sewa rumah selama setahun dengan masing-masing diperuntukkan seribu 488 ringgit.

menerusi program ini, kerajaan negeri membelanjakan 1.92 juta ringgit bagi membantu golongan miskin.

Dengan adanya usaha serta tambahan program dari Yayasan Bina Upaya Darul RIdzuan ia sedikit sebanyak membantu mencapai matlamat itu.

end//megat

No comments:

Post a Comment