Saturday 4 September 2010

KG CINA - MELAYU

KG CINA - MELAYU

Segala masalah perlu diselesaikan dengan bijak iaitu melalui rundingan agar penyelesaian secara bersama memuaskan hati semua pihak.

Itu yang perlu dilakukan berkaitan pembangunan menaiktaraf empat kampung di sekitar bandaraya Ipoh dalam draf pembangunan bandaraya Ipoh 2020.

Masalah timbul apabila terdapat campurtangan pihak lain di atas cadangan pembinaan perkampungan melayu di Kampung Kuchai yang majoritinya didiami penduduk cina.

Dalam laporan akhbar semalam, MCA Perak menggesa Majlis bandaraya Ipoh MBI mengenal pasti semula kawasan lain untuk menempatkan perkampungan melayu di kampung kUchai.

ia berikutan, 80 peratus penduduk di kampung Kuchai adalah penduduk kaum Cina.

justeru, menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir meminta perkara itu diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah.

Menurutnya dalam isu seumpama ini jangan ada pihak yang cuba ingin menjadi juara.

datuk seri dr zambry menjelaskannya selepas majlis penyerahkan kunci rumah bantuan yayasan bina Upaya di Chemor.

selain kampung kuchai, tiga kampung lain yang akan dibangunkan ialah kampung kepayang, kampung pasir puteh dan gugusan manjoi.

end//

No comments:

Post a Comment