Sunday, 24 April 2011

MB & DUN BUKIT GANTANG

"Sehari Bersama masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gantang"

Menteri Besar, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir meluangkan masa bersama penduduk sekitar DUN Bukit Gantang.

Antara kampung yang beliau lawati ialah Kampung Matang, Kampung Sepetang, Kampung Sungai Mati dan Kampung Jaha.

Bermula pagi semalam, beliau menghadiri beberapa program yang melibatkan penduduk di situ.

Dalam setiap program berkenaan, Dato' Seri Dr. zambry menyalurkan sumbangan ikhlas kepada warga emas, orang kelainan upaya dan golongan ibu tunggal yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.

Selain itu, beliau turut melawat beberapa keluarga miskin di situ dan menghulurkan bantuan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak.

Menariknya, Dato' Seri Dr. zambry menaiki motor dan melawat setiap kampung di situ.

Kehadiran Menteri Besar di setiap Kampung tersebut di sambut baik oleh seuruh masyarakat di situ.

PNB MEDIA

PNB MEDIA 24.4.2011

30 tahun penubuhan Pemodalan Nasional Berhad PNB; strategi kejayaannya diacukan dengan Tujuh aspek.

Ketua Eksekutifnya; Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata; ia terbukti apabila Perdana Menteri datuk seri mohd najib tun razak sendiri merumuskan kejayaan PNB telahpun berjaya merubah persepsi masyarakat tentang dunia pelaburan.

dalam menguruskan dana 189 billion ringgit berserta 127 billion unit saham; pengurusan secara berhemah dan professional menjadi faktor utama membolehkan PNB membayar agihan pendapatan kepada pelabur setakat ini berjumlah lebih 82 billion ringgit.

faktor lain seperti kepelbagaian portfolio yang mampu mengimbangi risiko pelaburan; ciri-ciri produk yang unik ; serta kemudahan transaksi dengan lebih seribu 600 ejen berjaya menarik pelabur.

kekuatan dalaman PNB juga berperanan; ia termasuk keupayaan dan kepakaran Pengurus dan dan juru analisis; keupyaan peneraju syarikat pelaburan PNB dan keberkesanan program pendidikan pelaburan bersepadu.

dalam pada itu, Tan Sri hamad Kama Piah juga tidak menolak sokongan dan peranan media massa juga menyumbang kepada kejayaan PNB.

Beliau berucap pada majlis Bersama Media sempena Minggu Saham Amanah Malaysia MSAM 2011 di Ipoh.


end//BAIZURA

Thursday, 21 April 2011

Zakat perniagaan – MAIP

Zakat perniagaan – MAIP

pada majlis yang sama, raja dr Nazrin menerima penyerahan zakat perniagaan daripada lima buah syarikat.

ia melibatkan syarikat tenaga nasional berhad, lembaga tabung haji negeri perak, bank kerjasama rakyat (m) berhad, GPB corporation sdn.bhd serta produktif kualiti and medical supply sendirian berhad dengan jumlah keseluruhan melebih 9.5 juta ringgit.

dalam pada itu, hasil kutipan tersebut diserahkan kepada Ketua ketua eksekutif majlis agama islam dan adat melayu perak dato dr. syed omar sharifuddin syed ikhsan.

Terdahulu, Raja Dr nazrin shah menyempurnakan majlis penyampaian watikah kepada dua individu baru yang dilantik sebagai ahli majlis iaitu ketua hakim syarie perak, dato haji muhamad asri Abdullah dan pengarah jabatan agama islam perak JAIP tuan haji mohd yusop husin.

keberangkatan baginda diiringi MENTERI BESAr datuk seri dr zambry abdul kadir dan Mufti Perak tan Sri Harussani Zakaria.

end//

PAKAIAN - RAJA NAZRIN

PAKAIAN - RAJA NAZRIN

CARA berpakaian yang sejajar dengan situasi adalah sebahagian daripada disiplin yang mencerminkan ketinggian akal budi seseorang.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah pentingnya adat yang perlu didukung dengan budi pekerti mulia, perilaku sopan dan pertuturan tertib dalam membangunkan tamadun yang dihormati.

Sikap memandang ringan dan tidak menghormati adat berpakaian dalam sesuatu majlis dilihat boleh mengundang penghakisan kemurnian adat dan budaya bangsa.

UP SOUND [[CUT 1]]
Q IN :INSAN YANG MEMAHAMI ADAB AKAN MEMPERLIHATKAN SIFAT-SIFAT MURNI, MEMAHIMI DAN SENTIASA …
Q OUT :..MENGHORMATI KEPERLUAN ADAT.]]

Justeru, dalam membina tamadun yang tinggi, pencerobohan halus sebegitu tidak harus dibenarkan berlaku, sebaliknya adab dan budaya bangsa perlu disanjung tinggi.

Terdahulu, Raja Dr Nazrin menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama islam dan adat melayu Perak serta menerima penyerahan cek zakat Peniagaan di ipoh.

END//baizura

Wednesday, 20 April 2011

MB PNB - MSAM KE 12

MB PNB

sempena sambutan Minggu sahama AManah semalam, Menteri besar, Datuk Seri dr zambry abdul kadir mengakui pelaburannya yang ditawarkan oleh Perbadanan Nasional Berhad PNB memberi manfaat terhadpa rakyat.

jelas beliau, kea rah negara maju menjelang tahun 2020, adalah penting bagi rakyat merubah cara mengurus kewangan dan pendapatan.

namun bukan hanya setakat; tetapi aspek mempelajari bagaimana meningkatkan sumber pendpatan dengan merancang pelaburan turut ditekankan.

up sound [[cut 2]]
q in : SETIAP rakyat mengambil peluang ini bagi meningkatkan kefahaman tentang pelaburan dan unit amanah cara-cara merancang kewangan…saya juga berharap rakyat Perak akan mengambil maklum akan pelbagai produk dan perkhimdatan yang dipameran oleh
q out :..plebagai insitusi dan agnesi yang mengambil bahagian dalam MSAM ini.

Datuk seri Dr Zambry.

end//BAIZURA

PENGERUSI PNB - MSAM KE 12

PENGERUSI PNB - MSAM KE 12

dalam pada itu, Perak merupakan negeri keenam dalam mencatatkan bilangan pencarum skim PNB setakat ini.

terdapat 889 ribu rakyat di negeri ini terlibat dengannya dengan nilai kira-kira 8.8 billion unit saham.

perkara itu dijelaskan, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika berucap semalam pada majlis peramsian.

Sehingga kini PNB mencatatkan unit dalam edarannya sebanyak 127-billion.

bagaimanapun terdapat unit saham yang masih boleh dilanggan samada bumiputra mahupun bukan.

ia termasuk, amanah saham nasional 3 imbang; 876 juta unit, amanah saham Gemilang, 886 juta unit serta unit-unit amanah saham 1 Malaysia.

Tun Ahmad Sarji berkata bagi memastikan PNB terus menerajui pertumbuhan industri unit amanah dan pengurusan pelaburan negara lima Petunjuk Prestasi Utama-KPI ditetapkan.

ia termasuk, peningkatan pegangan saham pelabur; memegang ekuiti syarikat di dalam sektor strategik ekonomi; memiliki modal saham dalam pelbagai sektor; memiliki hartanah di kawasan pertumbuhan ekonomi; dan mengagihkan pendapatan pada kadar kompetitif.

end//baizura

Tuesday, 19 April 2011

BOT TAHAN

Sebuah bot nelayan dari Indonesia yang menangkap ikan secara haram di perairan negara berjaya ditahan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelmarin.

Mereka ditahan kira-kira pukul 1 tengahari ketika menangkap ikan pada kedudukan 12 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia.

Ketua Penguatkuasa Daerah maritim 3, kapten Ang Cheng Hwa berkata setelah pemeriksaan dilakukan bot berkenaan berasal dari Belawan Indonesia.

29 orang ditahan yang terdiri daripada seorang tekong dan awak-awak yang berusia dalam lingkungan 20 ke 58 tahun.

Kesemua mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan kebenaran menangkap ikan yang disahkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perikanan 1985.

Jelas Kapten Ang ketika tangkapan dilakukan bot berkenaan sedang membawa muatan ikan kurang 100 gram ikan kembung dan cencaru.

Bot tersebut kini telah diserahkan kepada pihak APMM Pengkalan Maritim Lumut untuk siasatan lanjut.

Bot berkenaan disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menangkap ikan di perairan Malaysia.

Manakala jika disabitkan kesalahan tekong boleh didenda tidak lebih daripada sejuta ringgit dan seratus ribu ringgit bagi setiap awak-awak.

Kapten Ang Cheng Hwa berkata demikian selepas ditemui pemberita di Lumut.

Untuk rekod ini, merupakan kes tangkapan yang ke-3 bot nelayan asing sepanjang tahun 2011 die perairan negeri Perak