Tuesday 19 April 2011

BOT TAHAN

Sebuah bot nelayan dari Indonesia yang menangkap ikan secara haram di perairan negara berjaya ditahan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelmarin.

Mereka ditahan kira-kira pukul 1 tengahari ketika menangkap ikan pada kedudukan 12 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia.

Ketua Penguatkuasa Daerah maritim 3, kapten Ang Cheng Hwa berkata setelah pemeriksaan dilakukan bot berkenaan berasal dari Belawan Indonesia.

29 orang ditahan yang terdiri daripada seorang tekong dan awak-awak yang berusia dalam lingkungan 20 ke 58 tahun.

Kesemua mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan kebenaran menangkap ikan yang disahkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perikanan 1985.

Jelas Kapten Ang ketika tangkapan dilakukan bot berkenaan sedang membawa muatan ikan kurang 100 gram ikan kembung dan cencaru.

Bot tersebut kini telah diserahkan kepada pihak APMM Pengkalan Maritim Lumut untuk siasatan lanjut.

Bot berkenaan disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menangkap ikan di perairan Malaysia.

Manakala jika disabitkan kesalahan tekong boleh didenda tidak lebih daripada sejuta ringgit dan seratus ribu ringgit bagi setiap awak-awak.

Kapten Ang Cheng Hwa berkata demikian selepas ditemui pemberita di Lumut.

Untuk rekod ini, merupakan kes tangkapan yang ke-3 bot nelayan asing sepanjang tahun 2011 die perairan negeri Perak

No comments:

Post a Comment