Tuesday, 19 April 2011

BOT TAHAN

Sebuah bot nelayan dari Indonesia yang menangkap ikan secara haram di perairan negara berjaya ditahan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelmarin.

Mereka ditahan kira-kira pukul 1 tengahari ketika menangkap ikan pada kedudukan 12 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia.

Ketua Penguatkuasa Daerah maritim 3, kapten Ang Cheng Hwa berkata setelah pemeriksaan dilakukan bot berkenaan berasal dari Belawan Indonesia.

29 orang ditahan yang terdiri daripada seorang tekong dan awak-awak yang berusia dalam lingkungan 20 ke 58 tahun.

Kesemua mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan kebenaran menangkap ikan yang disahkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perikanan 1985.

Jelas Kapten Ang ketika tangkapan dilakukan bot berkenaan sedang membawa muatan ikan kurang 100 gram ikan kembung dan cencaru.

Bot tersebut kini telah diserahkan kepada pihak APMM Pengkalan Maritim Lumut untuk siasatan lanjut.

Bot berkenaan disiasat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menangkap ikan di perairan Malaysia.

Manakala jika disabitkan kesalahan tekong boleh didenda tidak lebih daripada sejuta ringgit dan seratus ribu ringgit bagi setiap awak-awak.

Kapten Ang Cheng Hwa berkata demikian selepas ditemui pemberita di Lumut.

Untuk rekod ini, merupakan kes tangkapan yang ke-3 bot nelayan asing sepanjang tahun 2011 die perairan negeri Perak

PERAK TERENGGANU bola super

PERAK TERENGGANU.19.4.2011

perlawanan bola sepak Liga Super.

HARAPan melihat skuad seladang mengutip mata penuh pada perlawanan malam tadi tidak berhasil apabila mampu seri satu sama dengan terengganu.

meskipun, terlebih dahulu membuat jaringan seawal minit ke 7 oleh Shafee Jamal hasil sepakkan sudut, lantas pasukan Perak terus diasak pihak lawan.

dan pada minit ke 34, harapan penyokong Perak hampir pudar apabila pemain Terengganu Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol, namun ia dibatalkan berikutan kedudukan “offside”.

beraksi di babak kedua, peluang terus berpihak pada Terengganu apabila diberikan sepakan penalty pada minit ke 57. Ternyata peluang itu tidak disia-siakan pemain jersi 14, Abdul hadi yahya.

menerusi jaringan itu pasukan Perak dan terengganu berkongsi gol pada perlawanan akhir pusingan pertama ini yang disaksikan hampir 10 ribu penonton.

bagi perlawanan pusingan kedua pula, ia akan berlangsung Sabtu ini di Terengganu.

end//

Friday, 15 April 2011

DUN GANTUNG 15.4.2011

DUN GANTUNG 15.4.2011

gelagat keluar dewan akhirnya ditunjukkan pembangkang pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan negeri DUN Perak hari ini

ia kononnya, tanda protes terhadap kelulusan usul bagi menggantung ADUN Titi Serong, KhaliL Idham lim Abdullah untuk persidangan akan datang.

usul bernotis itu dikemukan ADUN BOTA datuk nasaruddin Hashim, ia susulan kenyataan khalil idham pada sesi perbahasan Bajet 2011 pada 2 Disember lalu yang mengeluarkan kenyataan ada bomoh dibawa masuk ke dewan pada sidang Mei 2009.

khalil lim juga gagal hadir memberi penjelasan mengenainya kepada jawatakuasa hak dan kebebasan pada 25 februari lalu.

speaker Datuk R.Ganesan yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata pergantungan tersebut hanya untuk satu hari pada persidangan akan datang.

pada masa yang sama juga, ADUN BN Temenggor, datuk hasbullah Osman turut dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana mengeluarkan kenyataan menuduh exco Selangor menerima rasuah.

namun tiada tindakan yang dikenakan ke atasnya berikutan beliau telahpun hadir memberi penjelasan kepada jawatakuasa itu.

Sementara itu, persidangan DUN turut meluluskan dua rang undang-undang iaitu Enakmen Menteri Besar Perak (Perbadanan1951) (Pindaan) 2011 dan Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Pindaan) 2011.

persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

end//

Tuesday, 12 April 2011

HAL DUN LAGI

HAL LAGI DUN 13.4.2011

sudah menjadi tradisi agaknya, sikap pembangkang yang acap kali ingin timbulkan kekecohan ketika berlangsungnya persidangan dewan undangan Negeri DUN Perak.

sejak peralihan kuasa kepada BN Februari 2009 lalu, tidak habis-habis memperlihatkan pembangkang berusaha meraih publisiti ketika bersidang.

daripada hal keluar dewan, hinggalah mengenakan gelaran kepada Speaker yang dipanggil sebagai pengerusi pada sidang lepas.

kali ini mesyuarat pertama kali kedua DUN Perak berlangsung, menyaksikan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar membawa
hampir 100 orang untuk mendemostrasi di luar bangunan kerajaan negeri SUK .

isunya bantahan kepada menteri besar dengan mempertikaikan soal tanah kampung DBI di ipoh.

bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata himpunan haram ini berjaya dileraikan anggota polis setengah jam kemudian.

susulan ITU, 14 orang ditahan dan berlaku kesesakkan lalu lintas

Mereka ditahan dibawah Akta Polis, Seksyen 27 kerana berhimpun tanpa permit. namun ACP Azisman berkata dijangka petang ini mereka dilepaskan selepas selesai keterangan diambil.

sementara itu, di dalam dewan, pada awal sesi menjawab soalan lisan ia dihangatkan dengan ketegangan.

antaranya, hal ketua pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sengaja menggunakan kamera telefon bimbitnya untuk merekodkan situasi di dalam dewan yang melanggari undang-undang persidangan.

persidangan DUN Perak boleh ditonton secara langsung menerusi laman sesawang www.peraknews.com.my

end//

Monday, 11 April 2011

SIDANG DUN 12.4.2011

SIDANG DUN 12.4.2011

sempena persidangan Dewan Undangan Negeri DUN ke 12 hari ini, ia akan dirasmikan duli yang maha mulia pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

mesyuarat pertama penggal ke 4 itu dijangka bermula pukul 9.30 pagi dengan disusuli dengan titah ucapan dan perasmian daripada Raja Dr Nazrin.

terdahulu baginda akan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat.

sebanyak 59 Ahli dewan Undangan Negeri ADUN yang akan terlibat dalam persidangan kali ini.

sebelum ini Speaker DUN Datuk R.Ganeson memberitahu selain perbincangan mengenai perihal rakyat dan negeri, persidangan kali ini akan meluluskan dua peruntukkan khas.

kali terakhir persidangan DUN berlangsung November tahun lalu selama empat hari dengan membincangkan mengenai bajet 2011.


end..baizura

Friday, 8 April 2011

PPRT perak

PPRT perak

Ekoran lebihan bajet bantuan rumah untuk tahun lepas, setiap daerah menerima peruntukkan sehingga 10 ribu ringgit bagi tujuan baik pulih rumah.

Secara keseluruhan, Perak menerima 21 juta 334 ribu ringgit bagi peruntukkan ke atas 500 buah rumah untuk baik pulih dan 465 rumah bina baru.

Exco kanan kerajaan negeri, datuk hamidah osman memaklumkan, kerja-kerja pelaksanaan program Bidang Keberhasilan Utama NKRA itu telahpun selesai sepenuhnya oleh pihak FELCRA.

Beliau yang merupakan Ahli dewan undangan negeri ADUN Sungai Rapat ditemui selepas menyerahkan kunci rumah bantuan rumah diPengakalan Gate, batu Gajah.

DUN sg Rapat menerima peruntukkan hamper 600 ribu ringgit bagi baik pulih dan bina baru rumah 14 buah rumah.

End//baizura

Monday, 28 March 2011

BANJIR 28.3.2011

BANJIR 28.3.2011

perkembangan BANJIR DI daerah kerian.

menurut bilik Gerakan Banjir, kemungkinan satu lagi pusat pemindahan akan ditutup hari ini iaitu SK bukit Merah yang merupakan pusat pemindahan pertama yang dibuka sejak Ahad lepas.

ia berikutan keadaan banjir yang semakin surut.

terkini, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK BuKit merah adalah 64 orang dengan majoritinya penduduk kampung batu 40 seramai 48 orang.

SEJAK ditempatkan di pusat pemindahan itu pada Ahad lalu, tiada lagi mangsa banjir yang dihantar pulang.

kerja-kerja menghantar mangsa banjir pulang telahpun dijalankan seawal tengah hari tadi oleh pasukan Bomba dan penyelamat dengan bantuan Jabatan pertahanan AWAM JPA.

sementara itu, bilangan mangsa banjir di SK Alor Pongsu berkurangan kepada 179 orang.

masing-masing melibatkan penduduk di 9 kawasan antaranya, jalan Selekoh Matang pasir 49 orang, kg batu 37 jalan keretapi 34 orang dan kg Parit Abu Hassan Ban 26 orang.

turut dilaporkan, laluan Jalan selama kilometer 13 dan 17 masih ditutup untuk kenderaan ringan biarpun paras airnya kini mula susut kepada 19 inci.

end//baizura