Monday 1 August 2011

husni-bajet 2012

Kerajaan kini sedang giat mengkaji semua cadangan yang dikemukan oleh pelbagai pihak dalam proses menyediakan bajet 2012.

Ini termasuklah cadangan pengurangan cukai pada sektor tertentu sebagai langkah mengurangkan beban hidup yang dijangka meningkat tahun hadapan.
Menteri Kewangan Ke 2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata proses itu bagaimanpuna perlu mengambil kira urusan perbelanjaan dan pendapatan negara.

Selain mencari langkah untuk mengurangkan defisit 54 peratus negara pada tahun ini kepada kadar yang lebih rendah tahun hadapan.

Jelasnya kerajaan sentiasa mengalu-alukan apa juga cadangan yang dikemukan oleh kumpulan sasaran pada sesi dialog.

Antara sektor yang dijemput menghadiri sesi tersebut adalah sektor perindustrian, badan bukan kerajaan dan dewan pernigaan.

Datuk Seri Ahmad Husni berkata dialog tersebut kini memasuki pusingan ke 2.

Ianya penting kerana kerajaan mahu semua pihak terbabit secara lansung dalam proses menyediakan bajet tahun depan.
Agar segala pandangan dan cadangan semua pihak yang mewaikili rakyat diterima sebelum penyedian draf terakhir bajet tersebut.

Bajet 2012 yang bertemakan ``KESEJAHTERAAN RAKYAT`` bakal dibentangkan di parlimen pada 7 OKTOBER depan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

END/kacamata penyayang

No comments:

Post a Comment